Selama 24 tahun hidup di muka bumi Allah ni, kekadang kita rasa mcm ilmu kita dah cukup dan mula rasa malas nak menambah ilmu. Dgn berhentinya usaha penambahan ilmu itu, maka amal pn berkurang menyebabkan kita menjadi jahil kembali.
Sedar x sedar kadang2 kita buat kesalahan tanpa disedari dan tidak tahu bahawa apa yg kita buat adalah salah. Baru2 ni aku seringkali tersedar bahawa sebenarnya banyak benda yang aku kena betulkan dan kesilapan silam yang Allah tunjukkan dkat aku mematangkan diri. Bermula daripada itu, aku terasa sudah menjadi seorang yg menagih nasihat. Aku sangat berharap andainya aku tersilap, aku tahu dengan segera supaya dapat aku betulkan sedaya yang mampu.
Ok, berbalik pula kepada tajuk utama, ingin aku kaitkan satu benda yg mungkin hanya segelintir wanita sahaja yg tahu mengenainya. Ape yg aku nak cakapkan adalah tentang konsep berhias di kalangan wanita. Sebenarnya, Islam x menghalang wanita untuk berhias. xde masalah untuk menjadikan penampilan diri anda menarik agar tidak selekeh dan sekaligus menjadikan anda elok pada pandangan mata asalkan mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Malangnya, setengah wanita walaupn memakai hijab, tapi masih tidak memenuhi kriteria2 menutup aurat yg sebenarnya. Mungkin terlalu asyik tentang menjaga penampilan diri sehingga panduan yang ditetapkan diabaikan. Contohnya, pemakaian baju yang tidak menetapi istilah 'menutup' tapi hanya 'membalut'. Yg ni mmg aku kecewa. Kadang2 bila tgk fesyen yg diperagakan tu, dikeluarkan oleh so-called "Busana Musllimah" sedangkan ia tidak menepati ciri2 pemakaian muslimah.
Lagi, yang aku langsung tak tau sebelum ni, tentang sanggul wanita yang sengaja ditinggikan walaupun wanita yang bertudung. Sepatutnya, bagi mereka2 yang terlibat dalam dunia fesyen ni perlu lebih maklum tentang perkara ini. Adakah mereka tau atau x ambil tau atau dah tau dan buat2 tak tau?

Well, ape aku nak cakap, kalau anda nak berhias dan berfesyen, x salah. Mmg x salah nak bercantik2 tapi janganlah berlebihan dan biarlah mengikut ape yang telah digariskan oleh syara'. Islam itu mudah. Wassalam.
0 comments:
Post a Comment