Pages

Tuesday, April 12, 2011

Perbetulkan Niat

"Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

Assalamualaikum.

Kadang2 dalam menjalani kehidupan seharian, aku tersilap niat dan tak sedar. Begitulah yang terjadi pada hati manusia. Adakalanya iman turun dan adakalanya naik. Kekadang kita mengepost di blog, terlintas niat ingin menaikkan rating pembaca. Kadang2 kita perform sikit, terlintas di fikiran pujian2 daripada orang yg melihat.

Ingatlah, Nabi SAW dah bersabda bahwa ape yang kita niatkan itulah yg kita akan dapat. Jika dunia yang diinginkan, dunia lah yang kita dapat. Jika mardhatillah yang didambakan, itulah yang kita dapat. Maka rugi lah barangsiapa yang niatnya hanya untuk dunia.

Kekadang aku terasa mmg hilang ikhlas bila buat sesuatu. Maka turunlah productivity perbuatan tu. Aku terlalu mengharap sesuatu dengan cepat dengan malas berusaha. Maka timbullah rasa kecewa bila yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Oleh itu, jom kita sama2 berusaha dengan tekun dan mengharap hanya redha Allah dan berserah atas usaha kita.

Wallahu A'lam.

0 comments: