
Dunia sekarang memang tidak selamat. Sebabnya? Hidup kita tidak berpegang kepada panduan hidup yang sebenar. Panduan hidup yang telah didtgkan daripada tuhan pencipta sekalian alam. Tuhan yang maha mengetahui akan keperluan hamba-Nya.
Untuk mengajak manusia kembali kepada panduan ini, kekuatan itu satu keutamaan. Kekuatan dalam segala aspek memang penting. X hairan lah kalau orang beriman yg kuat itu lebih dikasihi Allah sebab mereka mampu untuk melindungi umat Islam.
Memandangkan keperluan kepada kekuatan sangatlah crucial, maka aku pn berazam untuk sentiasa meningkatkan kekuatan. Pada masa kini, semua kekuatan adalah penting- Mental, fizikal, dan spiritual. Andainya salah satu tidak kuat, bagaimana mungkin aku mampu melindungi?
"Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang yang tidak kamu ketahui, tetapi Allah mengetahui. Apa sahaja yang kamu infakkan di jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan)" (Al-Anfal:60)
Dalam ayat ni jelas menunjukkan keperluan untuk kita persiapkan segala kekuatan untuk menghadapi musuh-musuh.
Sebelum ni aku juga rasa aku perlu siapkan kekuatan. Tetapi ke arah mana kekuatan itu perlu disalurkan? Ayat ini telah membetulkan direction aku. Dengan ini baru lah jelas ape yang aku nak arahkan kekuatan yang aku sedang persiapkan.
Wallhu a'lam
0 comments:
Post a Comment