Pages

Sunday, March 6, 2011

Merenung masa depan

Baru balek bercuti bersama ngan team Nasyeed.com di Gambang, Pahang. Letih gak. byk permainan air aku main kat sana. segala macam bende yg leh diluncur aku main. Sekarang dah tiba masa menyambung kerja dan sem baru.

Kekadang duduk2 rehat2 aku terfikir juga tentang masa depan yang selalu disebut2 mak aku sejak kecik. Dalam menempuh alam dewasa ni aku mmg masih byk bende kena belajar. Hidup aku masih x terurus dan kelam kabut. Kerja x disusun dengan baik. Begitu juga masa aku. Aku masih berusaha untuk mematangkan diri. Terasa juga byk peluang aku dah lepaskan begitu je.

Umur aku tahun ini insha Allah mencecah 24 thn. Soalan2 cepumas dah mula dilontarkan oleh pelbagai pihak termasuk mak bapak. Antara soalan2 yang diajukan termasuklah tentang pasangan hidup. Orang dh mula mengusik2 aku. hadeeiii....

Pada fikiran aku, buat masa sekarang ni aku belum lagi bersedia untuk memikirkan bende2 yang serius seperti itu. Aku rasa keperluan untuk fokus kepada masa depan dan kerjaya itu lebih utama. Aku masih lagi di permulaan perjalanan. Bagi aku byk lagi benda yg perlu dibina sebelum aku layak memikirkan hal2 yg lebih serius.

Err.... ape lg aku nak tulis ek? ntah lah. dah habis rehat. aku terasa kerja sedang memanggil2 aku. Kemalasan dah mula menyelubungi tubuh aku. Jadi eloklah aku berangkat ke meja.

Sekian~

0 comments: