Pages

Monday, March 28, 2011

Mukmin yang kuat

Aku dh terlalu lama meninggalkan aktiviti sukan semenjak meninggalkan zaman diploma. Sekarang aku dah mula nak giatkan balik aktiviti2 fizikal nieh...

Berat aku pn dah bertambah kebelakangan ni. So, disebabkan ini lah aku termotivasi untuk bersenam semula. Sebelum ni ada juga aku bersenam, jogging, pegi gym dan sebagainya. Tapi disebabkan azam yg x kuat, ia tak konsisten.

Harapan aku agar langkah yang baru aku ambil kali ini akan menjadi konsisten sehingga mendapat result yang aku ingini - stay fit!!!

Buat masa sekarang, aku hanya nak menyingkirkan unnecessary fats dalam badan atau dalam erti kata yang lain, mengurangkan sedikit berat badan. Setiap hari aku mewajibkan diri aku untuk berjogging sekurang2nya 30 minit. Kemudian barulah aku nak naikkan muscle agar menjadi lebih berotot. Selain itu, aku lebih mengutamakn performance- lebih kuat, lincah dan tahan lasak.

Dgn harapan yang tinggi, insya Allah dapatlah aku mengikut hadith nabi yang berbunyi:"Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah" (Riwayat Muslim).

Selamat berekreasi =)