Bismillah...
Seperti bese.... blog aku yg x aktif ni aku hanya update ikut suka aku jer. huhu....
Tetiber je tergerak hati aku nak tulis kat blog nieh pasal aku melalui waktu2 yang xde la sukar sangat kalau nak dikatakan tapi agak terkesan diri ini dgn ape yg dilalui.
Baru2 ni berlangsung konsert Maher Zain di Stadium Malawati Shah Alam. So, aku juga terlibat, alhamdulillah... segalanya berjalan agak bagus seperti yang dirancang. Tapi ada beberapa masalah skit. biasa lah tu... Allah dah tentukan. Kita hanya merancang.
Hari ni hari last karnival Maher Zain tuh. Aku nyer tugas hanya waktu konsert. x wat ape sgt pn. aku hanya jaga prompter di tepi stage je. Keje aku yg lebih skit hanyalah sebelum event. So, disebabkan aku xde keje sgt time karnival hari ni selain makan2 dan jalan2, aku balik ke opis untuk memulakan keje storyboard untuk projek multimedia SUK lak.
Buat- punya buat, punya buat.... sekali aku buntu da~ membuat design ni bende yg paling aku x reti skali. Kalau nak animate tu mmg aku suka. huhu~.... bila dah tersekat idea aku ni, aku pn bercadang nak g jumpa balik sumer comittee kat stadium. Aku mesej Aqmal tadi, katanya ada postmortem. So aku pn tunaikan solat maghrib dan turun ke bawah opis dan mencapai motor abang Zul (motor dia asek jd mangsa jek time karnival ni).
Lepas aku turun, nampak la King ngah wat recording kat studio. Dia pn tgk aku. Aku wat isyarat g stadium kat dia dari luar. Ntah dia paham ke x. Aku pn terus pakai helmet dan start motor.
Baru jer aku nak gerakkan motor untuk wat U turn, tetiba ada bunyi yg x best dengar dr blkg aku. "Gedebab!!!"~ adesss....
Aku toleh2 jer tgk motor king yg diparking baek punye kat blkg aku tu dah baring kat atas lantai koridor. Aku cepat2 angkat dan tongkatkan. King pn keluar dr studio.
Aku ape lg. Terus minta maap zahir kat dia byk2... Melihatkan keadaan motor tu x la teruk sgt. Kepak motor dia ada pecah skit dan retak. Tapi disebabkan tu barang orang, aku rasa x sedap. sambil king dok belek2 motor dia tu, aku pn termenung x tau nk wat ape2. So, aku terpaksalah membiarkan dia membelek2 motor dia. Kalau aku blah cm2 jer kang, cam 'kurang pengajaran' la plak.
Lpas habis dia belek motor dia tuh, dia terus call pomen yg dia kenal (kut) pasal barang nak tukar. aku plak dapat call drpd abg aku. Tp x smpt angkat dia dah ltak. Aku call balik, dia lak x jawab.
Lpas tu, King pn masuk studio dan tutup pintu. melihatkan keadaan tersebut, cam panas jer mamat tu. Xpe la. biar dia coolkan diri dlu. Aku pn terus bergegas ke stadium.
Sampai2 jer kat stadium, aku nampak dari jauh orang dok tadah tangan. Adei.... aku dah terlewat rupanya gara2 motor tadi. Lpas tu aku nampak sumer orang terus aminkan doa.
Dalam hati, aku rasa cam x sdap lak nak gi sana, aku pn balek la opis sambung keja...
Al-kisah ini membuatkan aku berfikir dan ingin berkongsi, apakah yg mungkin dapat aku ambil drpd ape yg jadi. Aku teringat masa dlu, aku ada terbaca blog kawan aku. Ada beberapa sebab Allah datangkan ujian. Menurut ulamak, salah satunya adalah sebagai kifarah atau penebus dosa silam.
Mengingatkan bahawa stiap yg Allah susun itu pasti ada sebabnya, aku redha. Walaupn bende ni x lah berat untuk aku hadapi, tapi aku rasa pengajarannya cukup bermakna. Aku tau tiada manusia yg perfect dan aku bersyukur Allah bagi ujian ini supaya aku yg mudah lupa ni lebih kerap menilai kembali salah dan silap aku buat.
Astaghfirullah~...
skip to main |
skip to sidebar
0 comments:
Post a Comment