Aku pun segera bergerak ke bilik Abg. Razin, x jauh dari bilik aku. Aku check dia ada ke tak dulu. Lpas ketuk pintu, kedengaran suara mamai Abg. Razin. Aku pn mintak la nak pinjam kereta dia. Tapi kereta dia lak abang aku pinjam sbb nak g Nilai. Rumah abang aku hanya selang beberapa rumah jer daripada rumah aku.
Lalu Abg. Razin pn bagi lah kunci kereta daripada atas meja dia. Aku tengok kunci tu cam kenal jer.... rupanya kunci kereta abang aku. Laa.... ada je kereta dia nih. Aku pn apa lagi... terus grak sambil call Abang Zul tanya direction. Direction ke rumah dia dah la cam nak gi kampung orang asli. X paham aku.
Adegan bermula....
Lepas aku keluar daripada Federal Highway, aku pun bertemu lah dengan tol Sungai Rasau. Lpas selesai membayar tol, aku pn dapat call daripada Abg. Zull ntk direction yang seterusnya. Selesai mendengar direction yang paham x paham tuh, aku pn ltak la henset kat kerusi keter tuh.
Tetiba jer aku rasa pening2 bila dah hampir nak sampai ke jambatan berdekatan ngan bangunan Persatuan Hokkien Klang. Jalan pn agak basah sbb baru lpas hujan. Aku tak perasan yang aku bawak dgn kelajuan 100 KM/J. Kepala aku terus berdenyut. Aku terleka kejap. Tiba-tiba...
Alamak!! Ada myvi kat depan... dah dkat Gler!!! Aku pn belok ke kanan untuk mengelak kereta tuh. Malangnya aku tak sempat.... Aku terlanggar bahagian belakang kanan kereta tu. Dengan jalan yang licin dan menuruni bukit, aku pun hilang kawalan dan akhirnya terbalik dan terseret ke pembahagi jalan.
Semuanya berlaku dengan pantas. Aku pn tergamam skejap dalam keadaan kepala aku kat bawah dan kaki kat atas. Lepas beberapa saat baru aku lepas seat belt. Gdpap!! Bunyi aku jatuh daripada kerusi. Aku pn merangkak keluar keter tuh melalui tingkap driver yang dah pecah. Nasib baik pecah. Pintu tu dah la terkunci.
Lepas aku keluar, beberapa orang pn datang tolong. Yang aku terkejut lpas keluar tu, dan2 jer ada tokey tow truck sampai. Mungkin sebab kat situ selalu berlaku kemalangan kot. Tu yang diorang dah selalu stand by kat situ.
Aku pn terus call abang aku and orang2 ofis termasukla abang zul yang tak sampi hajatnya nak g opis pagi tuh.
Lepas settle ngan pakcik yang kene langgar tuh dan tow truck, bos aku ngan abang aku sampai bersama budak2 PA system. Kebetulan lak abang aku kenal pakcik yang kena langgar tuh pasal anak dia tuh junior dia waktu sekolah dlu.
Pakcik tuh pn x braper kisah sangat. "Yang penting kau selamat. Aku cukup risau lepas tgk keter kau terbalik," kata pakcik tuh.
Lpas tuh, aku pn balik ngan Abg. Waie (Bos) pastuh wat report kat balai. Sekali kena bayar 300 daa... Adei... Dugaan daripada Allah. Ada la Hikmah nya. Member aku dah marah aku. "Tu la, demam2 nak gak wat keje. Kan dah Xcident"
Aku dah macam takut sikit bila nampak keter laju2 nie...
Begini lah keadaan kereta lepas aksi aku yang ngeri tuh. Selamat pakai seat belt.
Begini ghoper nyer bila dah sampai balai.


Lpas kejadian ni, aku teringat balik, aku pernah wat bende yang sama kat abang aku waktu aku kecik dlu. Aku pernah rosakkan kereta control dia. Sama macam yang ni, kereta controlnya terbalik dan terhempas jatuh daripada tingkat 2. Huhu~ sori bro.
7 comments:
salam,
oo..camni rupanya keretanya selepas terbalik.
Alhamdulillah anta tak cedera apa2. Luka pun cam takde je? Ade ke?
Ini namanya bila Allah nak bagi kita peluang beramal dan berusaha menambahkan lagi pahala disisi Allah.
Yg melihat ni pun kena la turut menginsafi peristiwa ini.
Don't Sick n Drive. Elakkan lah kalau boleh
Anyway akhi, t.care of your health. Beli la mask tu kalo tak beli2 lagi..kang lari semua orang bile dengar anta batuk. Heh
Wassalam
Seram...
Semoga kita sama-sama belajar sesuatu daripada pengalaman ini...
Innalillah.
Moga jadi pengajaran pada yang lain. Nasib baik pakai tali pinggang keledar.
Waaa..............oh ya rabb.... kau panjangkan usiaku agar aku segera membetulkan kesilapanku...
Aku berdosa kepada-Mu, semoga dengan peluang yang ada ini, aku tidak lupa dibuai dunia.... Amin...
Innalillahiwainnailaihi raji'un. Alhamdulillah drivernya selamat.
salam.
ni stuntman tak jadi nie..
Klu demam amalkan roselle HPA insyaAllah cepat baik...kata dah pegi PBC mesti anta tahu nak rawat diri...ilmu tanpa amal seperti pokok x ...(murid2 tlg sambung)...
Post a Comment