Tgh rancak sembang2, perbualan aku dgn Ustaz menjurus kepada topik eksiden yang aku alami tempoh hari. Ustaz ceritakan semula semasa dia datang ofis pada hari yang sama aku ditimpa kemalangan. Dia bagitau dia sampai selang beberapa jam ke ofis selepas kemalangan. Bos aku tunjuk gambar kereta yang dah terbalik kat Ustaz. Ustaz pn terkejut time tu. Katanya, kalau melihatkan keadaan kereta tu, mmg sepatutnya aku dah masuk hospital. "Kalau hang selamat daripada eksiden yang ghupa dia mcm tu punya teghuk, tambahan hang takdak luka pulak, maknanya ada rahmat di sebalik kemalangan" kata Ustaz tu.
Apa yang dia cakap membuatkan aku tersentak seketika. Betul jugak ape yang dia cakap. Bukan... mmg betul pn ape yang dia cakap. Baru aku teringat. bila eksiden tu, keadaan kereta tu mcm ngam2 jer elok kat bahagian yang memungkinkan aku selamat. Cermin tingkap kat bahagian pemandu, cermin depan dan belakang je yang pecah seolah2 mudah untuk aku keluar kereta tu. Aku pulak tak kena luka satu pn walaupn banyak kaca bertaburan.
Walau apa pn yang terjadi, aku harap apa yang Rabb aturkan tu mengarah aku kepada perkara yang lebih baik.
Kelmarin, aku terlibat dengan event Konsert Amar anjuran company yang aku keje skarang, Nasyeed.com dengan tema "Amar Ma'ruf Nahi Munkar". Hati aku bertambah terkesan lepas dengar lagu Layar Keinsafan, dibawakan oleh artis Mestica. Lagu yang cukup puitis bak kata ahli kumpulan tu. Paling aku suka part "mengapa nantikan senja baru kan terdetik pulang ke pengkalan..." yang bermaksud mengapa nak tunggu dah berumur baru nak pulang ke pangkal jalan....
Walaupn lagu tu tak braper baru, tapi dia jadi faveret aku pasal maknanya yang cukup mendalam dan menyentuh kalbu. Ditambah pula dengan aku tengok balik slide presentation lagu tu yang aku buat sendiri.
Walau apa pn, aku harap kemalangan yang aku alami membawa aku kepada perkara yang lebih bermakna dan membawa juga aku kepada 'turning point' yang lebih baik dalam hidup aku.
Allah maha mengasihani terhadap hamba-hamba-nya meskipun mereka seringkali melupakan-Nya.

0 comments:
Post a Comment