Pages

Friday, December 23, 2011

Koffing




Bunyi batuk mmg x lekang drpd rumah aku skang nieh. maklum la, cuaca yg x menentu ni memang boleh menyebabkan demam dan sakit2 yg lain. Aku juga x terlepas daripada batuk. Agak seksa juga rasanya bila batuk ni. dh pening lak kepala ni asyek batuk je.


Dalam keadaan batuk2 juga, ada dateline yg nak kena kejar. Mungkin aku ada bgtau yg semester ni aku mmg working on Major Project in Character Animation. Unlike previous semester, this semester aku kena wat 2 karakter berserta facial animation skali. Boleh kata 2 kali ganda kerje sem lepas... T,T


Aku dah lama benor x ke alamanda bersama member2 tgk wayang, jalan. Game kat rumah ni pn lama benor x sentuh. Mmg x da masa lgsg nak diluangkan untuk sumer tuh. Ada gak la 2, 3 hari sebelum ni aku sempat DOTA seround hilangkan gian. Tp nasib baik minat tu mendalam. so, kalau dah minat, xde hal lah. Bak kata orang, kalau dah suka, lautan api pn sanggup direnangi, ye tak?



Aku kerap kali paksa diri akhir2 ni sampaikan jatuh sakit. berat badan pn susut skit. Tp semua tu berbaloi sebab dah banyak aku dapat belajar ttg 3d nih. Pengetahuan drpd modelling, texturing, rigging dan animation sumer tu dah byk bertambah. Aku harap dapat improve banyak lagi as for now, interest aku kat Vfx pn makin membuak2 bila melihatkan kawan2 vfx lain tgh rancak buat keje.

ok lah, di hari minggu ni dgn orang sedap tido diulit mimpi, aku nak kena sambung wat keje. dateline yg sgt bahaya sedang menghampiri. Good luck untuk diri aku sendiri. heheh. Peace!


Saturday, November 19, 2011

Zzzzz...




Alhamdulillah. sempat gak aku dapatkan tidur yang cukup. Kebelakangan ni aku amat sibuk sebab dek kejar job yg paling lumayan penah aku wat. Dh lama aku x sentuh motion graphic yang dahulunya aku slalu wat kat flash.

Disebabkan mengejar deadline job tu, aku byk minum kopi untuk berjaga selain mengenakn stinger untuk memberi 'boost' tenaga.

hmmm... lepas dah setel job tu, aku rasa aku cepat lapar. Aku ada terbaca artikel ttg mkanan yg mempercepatkan kadar metabolisme. Salah satunya adalah kopi. Tp ia bukanlah pilihan terbaik sebab kesan sampingan dia adalah ia boleh melemahkan tulang. Bila aku balek rumah pn orang kata aku macam turun skit. Well..... ape2 lah. Boleh je aku makan banyak2 balek.

Sekarang dah nak kena start tumpu kat assignment pulak. kalau aku jd freelance wak2 skarang ni, boleh cari makan agaknye. Job2 mmg ada. Cuma aku xde masa dek kerna study. huhu.... syukur pada Yang Maha Kaya, Yaa Razzaq... =)

Sekarang ni tinggal aku nak dapat payment je ni. Kalau dapat nnt, aku igt nak rembat terus macbook. mudah skit wat keje kalau nak kena travel. xD

alrite lah, takat ini saja yang mau aku tulis.

wssalam.... peace!

Wednesday, September 21, 2011

Sambungan~

Tengah hari yg dingin~ begitulah suasana sejak akhir2 ni di bumi cyberjaya. Tp jgn igt aku bgn tgh hari lak. Aku dah bgn sejak subuh lg. hahahaaa.....

Well, cuti sem semakin hampir. Aku hanya tinggal satu paper untuk dijawab for the final exam showdown. Aku habiskan sisa2 assignment dan beberapa job yg masuk sejak akhir2 ni. Byk job animation yg ditawarkan sejak akhir2 ni. Tp disebabkan kekangan masa, aku terpaksa tolak. Sekarang barulah bole nak tumpu balek. Skarang ni minat aku terhadap character design semakin membuak2. So, aku dah start research design ntk karakter sem depan.

Ntk design yg akan aku buat ni, aku tekankan sentuhan artistik. Aku lebih berminat design karakter yang lebih exaggerate daripada realism sebab sentuhan artistik dan stail artis tu boleh dilihat lebih menonjol. Aku byk tgk kat vimeo.com ntk karakter dan animation.

Sem ni gak byk aku belajar mcm mana nak apply prinsip2 animasi yg menjadikan ia lebih menarik. Kalau aku explain kang cam panjang la plak. Senang citer, konsep2 yg membezakan animasi ngan pergerakan sebenar. heheh.... xD

For the time being, aku attachkan aje project sem lpas, thumbnail research dan final animation.

Final Animation

Reference untuk Rigging

Wednesday, July 27, 2011

Perkembangang

Sekarang dh kira nak masuk pertengahan semester pertama tahun ketiga aku di MMU. Well, nothing much. bila assignment dan keje melambak, byk gak draw back. Masa untuk aku exercise terkesan dek menyetelkan bende2 lain (pun begitu byk gak membazir masa !^^). So, aku hanya mampu membuat senaman angkat besi secara sambil2 sebagai aktiviti interval masa rehat. Aku x smpt nak p jogging cam selalu. Member2 pn x sempat main futsal.

Sem ni byk bende aku blaja pasal 3d. Memandangkan silibus aku berlainan ngan budak2 sekelas aku skang, aku byk ketinggalan. Jd byk bende aku kena kejar untuk catch up ngan diorang. letih gak. Tp takpa. minat punya pasai.

Ini aje la yg smpt aku nak nulih pagi2 buta ni bila otak masih blur. kui3...

akhir skali, nak share sama2 lagu yg sgt best walaupn ramai dah tau lagu ni. mesejnya cukup indah. Kita dengarkan =)

Saturday, June 4, 2011

Study mode again

Telah berakhir cuti aku yang sangat singkat dan dipenuhi dengan masa bekerja part-time di Shah Alam. Sedikit sebanyak mengimprove skill aku walaupn hanya membantu. Aku menghabiskan saki- baki cuti dengan meneruskan projek 3d yang lum siap lg. mungkin pada waktu ni, rakan2 aku yang lain dah berada pada fasa rendering atau paling busuk pn, texturing. Sedangkan aku, modelling pn lum siap lagi.

Disebabkan software Maya aku dah menjadi lembab like hell, kerje aku pn menjadi lambat. X tau apsal, lepas habis modelling kepala je, maya jadi lambat giler. Ni dah macam menyeru aku beralih kepada AMD Athlon x6 la plak. Problem aku skang ni, kalau aku nak tukar processor, aku kena tukar motherboard skali. Kalau aku tukar motherboard skali, aku kena beli RAM baru lak pasal skang ni aku nyer motherboard DDR2. Model lama. Hadei....

Xpe lah. Wat masa skang ni, guna je la ape yang ada. Mudah2an permohonan MARA aku diluluskan. Dapat la upgrade PC skit dan beli Macbook kalau ada rezki. =D

okey lah, geng. Jom sambung kerja.


Zzzzzzz..... eh? o_O!

Ni karakter aku yg tgh dimodel. nama dia Rhonodile. Nnt dah siap aku upload video turnaround dia. peace ;)

Friday, May 20, 2011

Sindiket

Kekadang aku terjaga awal pagi sebab tertido awal. disebabkan aku baru nak baik demam, aku masih lagi rasa kepeningan sikit2. So aku pn pekena la kopi radix ngan indo mee kat kedai mamak.

Tengah lepak2 lepas habiskan santapan aku, tetibe ternampak ada satu myvi berenti depan mamak tanpa mematikan enjin. Keluar dua orang budak pompuan yang nampak cam belasan tahun membawa sejumlah surat khabar yang mampu dibawa seorang budak. Aku nampak diorang bawak surat khabar KOSMO!. X taw lak skang ada orang jual sokabar pepagi buta dlm kol 4 pagi.

Budak2 tu pn pusing keliling mamak mengoffer orang sokabar tu. Aku x nak bersangka buruk. Tapi timbul persoalan dalam benak pemikiran aku, skarang mmg dah trend mcm tu ke org jual sokabar? Adakah aku dh lama x lepak mamak kat Shah Alam ni sampai tertinggal pattern jualan yg baru? Aku tak tau mana budak2 tu dapat surat khabar dan dengan cara apa. Aku sekadar menolak bila di offer surat kabar tu.

Sebelum ni dah biasa dah tgk orang buta (atau konon buta?) jual tisu. Padahal dia jalan jauh sikit, ada la orang amek diorang. Time nak amek tu dan2 lak leh jalan x pakai tongkat. heheh....

Dunia2...
Manusia dah berada di tahap ketandusan yang amat sampai kadang2 nampak mcm dah jadi hamba kepada duit. Itulah yang kita boleh katakan di zaman yg penuh fitnah...

wassalam.